PERINGKAT PERTAMA
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas
persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran
air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia daripada setitis air mani yang
bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana
itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari,
asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di
dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut
maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia
daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan
, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada
nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
Sperma dan sperma
memasuki ovum
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung
minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah
disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan
alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan
mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh
darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
sesuatu yang
bergantung atau melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau
ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu
pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu
keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu
surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat14
Firman Allah yang
bermaksud
"lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini
sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang
lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di
dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula
mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima,
keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan
membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang
bermaksud :
"Lalu Kami
mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam
dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang
kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang
belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran
pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu
juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12
minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua
tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh.
Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki
pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang
sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat
makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak
Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang?
Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh
hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam
rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata
tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
Proses kejadian manusia mengikut teori sains.
Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan
menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan
sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada
dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel
penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu.
Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem
tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”.
Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa
kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia,
dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang
3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih
30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
KESIMPULAN
Secara ilmiahnya, ilmu sains
berkaitan falsafah kejadian manusia adalah selari dengan penyataan dari
Al-Quran. Dengan kurniaan akal,manusia perlu menghargai & bersyukur tentang
perihal kelahiran serta fitrah asal usul kejadian. Sebagai pelajar, kita
haruslah buka mata, hati dan minda berkaitan perkongsian mengenai ilmu fitrah
kejadian manusia.
No comments:
Post a Comment