APA ITU WAHYU ?
Perkataan "Wahyu" adalah berasal
dari kata dalam bahasa Arab yang berasal daripada perkataan "awha"
bermaksud; inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang. Secara
umumnya,Wahyu ialah perintah atau kata-kata Allah (كلام الله)
SWT yang disampaikan kepada para rasul-Nya.
Nabi Muhammad sebagai salah seorang rasul
(pesuruh) Allah Taala juga menerima wahyu yang disampaikan melalui
perantaraanmalaikat Jibril. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW
ialah Surah Al-‘Alaq (سورة العلق) ayat 1-5:
أقرأ باسم ربك الذي خلق . خلق الإنسان من علق . اقرأ وربك الأكرم . الذي علم بالقلم . علم الإنسان مالم يعلم
Perkataan Arab wahyu berasal dari Awha,dan
bermaksud inspirasi dari orang lain atau arahan seseorang.
Di bawah adalah contoh Awha dalam Quran:
Perintah untuk lebah
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhan kamu telah mewahyukan
(memerintahkan) kepada lebah agar kamu mengambil daripada gunung sebagai rumah,
dan daripada pokok dan daripada apa yang mereka bina (Surah An-Nahl: 68)
Perintah kepada bumi
وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا. وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا
Dan bumi mengeluarkan muatannya. Dan
manusia berkata, "Kenapa dengannya?". Pada hari itu, ia menceritakan
perkhabarannya. Bahawa Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan)
kepadanya.(Surah Az-Zalzalah: 2-5)
Perintah kepada langit
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا
Maka Dia telah menjadikannya tujuh langit
dalam dua hari dan Dia telah mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. (Surah
Fussilat: 12)
Perintah kepada Ibu Musa dalam bentuk
inspirasi atau ilham dari Allah
وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:
Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya
(dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia
ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita;
sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Surah Al-Qasas: 7)
Perintah secara terus dari Allah
إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ
Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan
kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah
(pendirian) orang-orang yang telah beriman". Kelak akan Aku jatuhkan rasa
ketakutan kedalam hati orang-orang kafir, (Surah Al-Anfaal: 12)
Terdapat juga perkataan Awha (inspirasi)
dalam Quran yang menunjukkan kepada Iblis.Namun,perkataan membisik lebih sesuai
bagi menunjukkan inpirasi jahat dari Iblis.
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan bagi
tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis)manusia dan (dari
jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu(manusia).(Surah Al-An'aam:12)
Seperti dengungan loceng.Malaikat menyerupai seorang lelaki dan bercakap.
Secara terus daripada Allah.
Mimpi yang benar.
Aisyah meriwayatkan bahawa:
أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَل رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي، وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُول". قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ، وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.
Al-Haris bin Hisyam telah bertanya kepada Rasula Llah, dan dia berkata: Ya Rasula Llah, bagaimana wahyu mendatangi kamu?. Maka berkata Rasulu Llah: «Kadangkala ia mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka ia pun terputus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala satu mala’ikat menyerupakan untuk saya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan». Berkata `A’isyah: Dan sesungguhnya saya telah melihatnya, turun ke atasnya wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahinya benar-benar mengalirkan peluh. [Al-Bukhariy/ 2]
No comments:
Post a Comment