KHASIAT MADU LEBAH

KASIAT MADU LEBAH
(kajian hadirs riwayat Ahmad dari Ibn Amr)
A. Teks Hadits dan Tarjamahnya
عن عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ وَلَمْ تَفْسُدْ ْ
Diriwayatkan dari Abd Allah bin Amr bin al-Ash.[1] Sesungguhnya dia mendengan Rasul SAW bersabda: Demi Dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, perumpamaan orang mu`min bagaikan lebah. Lebah itu memakan makanan yang baik-baik dan mengeluarkan yang baik pula. Tidak jatuh tatkala menghinggapi dan tidak mematahkan yang dihinggapi. Hr. Ahmad (164-241H).[2] Musnad Ahmad, II h.199


B. Syarh Hadits

Kalimat وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ adalah sumpah Rasul SAW. Yang ditegaskan oleh beliau pada hadits ini adalah بِيَدِهِ إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ sesungguhnya perumpamaan orang mu`min bagaikan lebah.
Kemudian beliau terangkan sifat lebah yang paling meninjol adalah أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ وَلَمْ تَفْسُدْ ْ memakan yang baik, mengeluarkan yang baik-baik. Jika lebah itu hinggap tidak menimbulkan terjatuh, dan tidak merusak yang dihinggapinya, perkataan أَكَلَتْ dan وَضَعَتْ serta تَفْسُدْ menggunakan kata kerja ma’lum (aktif), yang pelakunya adalah النَّحْلَةِ. Sedangkan perkataan تُكْسَرْ dalam bentuk majhul (pasif) berasal dari kata كُسِرَت yang berarti terjatuh. Tegasnya keistimewaan lebah itu (1) memakan yang baik, (2) mengeluarkan yang baik, (3) tidak terjatuh tatkala hinggap di ranting yang serapu apapun (4) tidak pula menimbulkan kerusakan bagi yang dihinggapinya. Hadits ini mendorong mu`min untuk menganalisis ayat qauliyah berupa sabda Rasul dan ayat kauniyah berupa makhluq Allah utamanya lebah. Allah SWT berfirman:وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”(*ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. Qs.16:68-69.
Ayat ini menyerukan agar mu`min mempelajari kehidupan lebah dan sekaligus mengambil manfaat darinya, utamanya antara lain (1) kehidupan lebah benar-benar atas petunjuk Allah yang mengilhamkannya, (2) bagaimana lebah membuat sarang, (3) bagaimana mereka menjaga lingkungan sekitar, (4) apa yang dimakan lebah, (5) apa yang diproduksi lebah? (6) perjalanan lebah yang demikian jauh, tapi tidak tersesat, (7) madu yang menjadi minuman lezat sekaligus obat, (8) lebah sebagai ayat Allah yang bersifat kawniyah yang mesti dipelajari. Jika pada kalimat sebelumnya mu`min diumpamakan emas murni yang melambangkan kemuliaan derajat, kekuatan pendirian, dan kekokohan aqidah, maka di sini diumpamakan lebah yang selalu memberi manfaat kepada makhluq lain. Tegasnya perumpamaan emas melambangkan mu`min sebagai individu, perumpamaan lebah melambangkan mu`min sebagai kelompok.


Sekilas tentang Lebah
Untuk mengetahui keistimewaan mu`min yang diumpamakan lebah secara jelas dan rinci mesti menganalisis terlebihi dahulu sifat lebah itu sendiri. Di bawah ini dikutip penjelasan tentang lebah dari situs internet.[3] Lebah adalah jenis insekta yang hidup secara berkelompok (koloni) seperti bangsa semut, rayap dan sejenisnya. Jumlah populasinya sangat tergantung dari jenis lebah ratunya.
Lebah madu unggul asal eropa populasinya 10.000 sampai 100.000 ekor perkoloni sedang lebah lokal 20.000 sampai 40.000 ekor perkoloni (B. Sarwono, 2001).
Jumlah populasi ini juga sangat bergantung pada kualitas dan potensi lebah ratu.
Kemampuan bertelur setiap lebah ratu tidak sama tergantung dari pemeliharaan dan pembudidayaan. Namun lebah memiliki keunikan tersendiri. Kelompok lebah tak ubahnya seperti kehidupan sosial manusia.
Dalam suatu koloni lebah terdapat 3 kasta yang dipimpin oleh ratu lebah dan terdapat ribuan ekor lebah pekerja dan lebah jantan membangun sarang bersama sama. Mereka melakukan pekerjaan sesuai dengan tugas masing masing. Jika sarang sarang telah dibangun maka ratu lebah akan bertelur sebanyak banyaknya. Karena itu setiap periode koloni lebah akan bertambah.Secara sekilas antara lebah ratu, lebah jantan dan lebah pekerja tak ada perbedaan. Tetapi jika diamati secara seksama, maka ketiga golongan lebah dalam satu koloni memiliki beberapa perbedaan. Susunan dan ukuran tubuh masing masing golongan lebah disesuaikan dengan tugas yang dilaksanakan oleh lebah itu. Misalnya lebah ratu, karena tugasnya hanya bertelur, maka tubuhnya lebih besar dari lebah jantan dan lebah pekerja. Sedangkan lebah jantan ukurannya lebih besar dari lebah pekerja. Jadi lebah pekerja memiliki bentuk tubuh yang paling kecil.
(1)  Ilmuwan Islam: Al-Jahiz Pengkaji Lebah, Madu
RAHSIA lebah dan madu yang menjadi inti pati episod dua siri Ilmuwan Islam yang ditayangkan di TV3 setiap Jumaat, 7.30 malam, mengajak penonton berkenalan dengan tokoh kebanggaan Islam dulu serta ulama terkenal Mesir hari ini.

An-nahal atau lebah, nama yang dijadikan surah dan disebut kisahnya dalam al-Quran memiliki banyak keistimewaan hingga menarik minat seorang ilmuwan Islam untuk membuat kajian mendalam mengenai serangga yang menghasilkan madu itu.

Beliau ialah Al-Jahiz atau nama penuhnya Abu Uthman Amru ibnu Bahar al-Basri, dilahirkan pada 776 Masehi di Basrah, Iraq, berasal daripada keluarga miskin dan menyara hidup keluarga dengan menjual roti. Beliau digelar al-Jahiz kerana keluasan ilmu dan ketajaman matanya.

Al-Jahiz adalah ilmuwan Islam yang dikagumi kerana cintanya yang tidak berbelah bagi dalam menimba ilmu pengetahuan. Beliau belajar membaca dan menulis atas galakan ibu yang pernah memberikan 'sedulang' kertas nota dan memberitahu kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.

Kepakaran beliau lebih menonjol dalam bidang ilmu haiwan berdasarkan buku karangannya. Al-Jahiz menulis lebih 200 naskhah buku meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi dan kamus. Beliau saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek kompleks untuk orang kebanyakan.

Hasil kerja Al-Jahiz yang terpenting ialah Book of Animals iaitu Kitab al-Hayawan, mengandungi tujuh jilid yang edisinya dicetak. Ia mengandungi maklumat saintifik penting dan jangkaan konsep nombor yang hanya dibangunkan sepenuhnya pada separuh abad ke-20.

Kitab al-Hayawan antara buku terawal yang menyentuh mengenai haiwan atau zoologi. Walaupun sebelum ini sudah ada ulama menghasilkan karya yang sama tetapi ia tidak selengkap yang ditulis al-Jahiz.

Contohnya, Ibnu Qutaibah pernah menulis mengenai al-ibil (unta) dan ada yang menulis kisah al-hammam (merpati) tetapi al-Jahiz dalam buku al-Hayawan menulis semua jenis binatang yang ada di negara Arab.

Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya.

Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan amalan pemakanan manusia serta tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi serta kawasan yang berbeza.
Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam.
 Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria.
Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide.
Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:

i) digunakan sebagai ubat sakit perut
ii) menghilangkan ketagihan dadah
iii) menghilangkan kahak
iv) memutih dan menguatkan gigi
v) menghilangkan kesan terbakar pada kulit
vi) menguatkan badan, bagi yang berumur


Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.




KESIMPULAN

                Secara ilmiahnya, ilmu sains berkaitan falsafah kasiat madu lebah adalah selari dengan penyataan dari Al-Quran. Dengan kurniaan akal,manusia perlu menghargai & bersyukur tentang perihal kelahiran serta fitrah asal usul kejadian. Sebagai pelajar, kita haruslah buka mata, hati dan minda berkaitan perkongsian mengenai khasiat madu lebah.

No comments:

Post a Comment