PEMBENTUKAN AWAN
HUJAN
Para ilmuwan telah mempelajari berbagai jenis awan dan
menyadari bahwa awan pembawa hujan terbentuk dengan sistem dan urutan tertentu.
Bentuknya pun tertentu dan terkait dengan jenis angin dan tipe awan.
Salah satu awan pembawa hujan adalah awam CUMULONIMBUS. Ahli
cuaca telah mempelajari pembentukan jenis awan ini dan bagaimana ia
menghasilkan hujan, es, serta petir.
Mereka menemukan bahwa awan cumulonimbus melewati urutan
berikut ini untuk menghasilkan hujan:
1. Awan didorong oleh angin: Awan cumulonimbus mulai
terbentuk ketika angin mendorong beberapa awan kecil (awan cumulus) ke daerah
tempat berkumpulnya awan-awan ini.
2. Penyatuan: Kemudian awan-awan kecil ini bergabung,
menyatu dan membentuk awan yang lebih besar.
3. Penumpukan: Ketika awan-awan kecil ini bersatu, dorongan
ke atas pada bagian dalam awan yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke
atas pada bagian tengah awan lebih kuat dibandingkan dengan pada bagian
pinggir. Alhasil tubuh awan ini tumbuh semakin besar secara vertikal, sehingga
seolah-olah awan ini ditumpuk-tumpuk. Pertumbuhan ke atas ini menjadikan tubuh
awan mencapai daerah yang lebih dingin pada lapisan atmosfer atas. Di sanalah
tetesan-tetesan air dan butiran es terbentuk dan mulai tumbuh semakin besar.
Ketika butiran air dan es ini telah lebih besar dan berat dibandingkan dengan
dorongan ke atas yang menyangga mereka, jatuhlah air dan es ini sebagai
gerimis, hujan ataupun hujan es.
Rincian pembentukan awan di dalam Al Qur'an
Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا
ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ
خِلَالِهِ
Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian
mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya
bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya...
[An Nuur(24): 43]
Para ahli cuaca mengetahui rincian pembentukan awan,
strukturnya dan cara kerjanya setelah melalui berbagai macam penelitian,
pengamatan menggunakan alat-alat canggih. Mereka baru bisa menceritakan proses
tersebut dengan bantuan alat-alat moderen seperti pesawat, satelit, komputer,
balon udara dan peralatan lainnya. Mereka harus mempelajari angin serta arah
pergerakannya. Mereka harus mengukur kelembaban udara dan variasinya serta
menentukan jenis dan keragaman tekanan udara.
Kelanjutan ayat di atas, setelah menyebutkan awan dan hujan,
adalah membicarakan es dan petir:
... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari
langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka
ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan
dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu
hampir-hampir menghilangkan penglihatan. [An Nuur(24): 43]
Para ahli cuaca telah menemukan bahwa awan cumulonimbus yang
menghasilkan hujan es ini dapat mencapai ketinggian hingga 7 sampai 9
kilometer. Dapat kita bayangkan bahwa awan ini memang ukurannya benar-benar
seperti gunung sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat Al Qur'an di atas:
"... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu)
dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung,...".
MENURUT SAINS
Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam
bentuk air hujan, salji atau hujan batu. Proses ini merupakan laluan penting
bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses berlaku
dalam bentuk air hujan.
Bagaimana titisan air hujan terbentuk?
Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan
titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana
saiznya yang kecil,tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang
dapat dilihat oleh manusia. Air di langit akan mengalami proses sejatan dan
kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang terkondensasi di
dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen
udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera.Proses hujan hanya dapat berlaku
jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk
titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk
hujan.Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta
titisan awan.
Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan masa
Penerimaan air hujan adalah tidak sekata bagi dunia
ini,sungguhpun bagi sesebuah negara atau bandar. Sebagai contoh,di Atlanta
,Georgia, USA, hujan kilat pada musim panas akan menyebabkan penerimaan air
hujan lebih sebanyak satu inci atau lebih.Hal ini pula menyebabkan keadaan
menjadi lebih kering di kawasan yang terletak sejauh beberapa kilometer
daripadanya. Tetapi kuantiti air hujan yang diterima oleh Georgia dalam satu
bulan sering adalah lebih banyak daripada penerimaan air hujan oleh Las
Vegas,Nevada dalam satu tahun. Rekod dunia bagi penerimaan purata tahunan bagi
air hujan dipegang oleh Mt.Waialeale,Hawaii,iaitu lebih kurang 1,140cm ( 450
inci) dalam satu tahun.Hal ini menunjukkan perbezaan ketara dengan negara
Afrika, Chile iaitu negara-negara yang tidak mengalami hujan selama 14 tahun.
Peta di sebelah menunjukkan purata air hujan tahunan dalam
milimeter dan inci bagi seluruh dunia ini. Kawasan hijau cerah boleh dianggap
sebagai kawasan "gurun". Kemungkinan besar anda menganggap kawasan
Sahara di Afrika ialah kawasan gurun tetapi pernahkan anda juga menganggap Greenland
dan Antartika sebagai kawasan gurun juga?
Kondensasi
Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair
Kondensasi ialah proses pertukaran air daripada bentuk wap
kepada cecair. Proses ini memainkan peranan penting kepada kitaran air kerana
kondensasi penting dalam proses pembentukkan awan.Awan seterusnya pula
menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air sejatan kembali semula ke
bumi.Kondensasi ialah proses yang terbalik bagi sejatan.
Kabus juga berlaku sebagai akibat daripada proses kondensasi
dan juga menyebabkan berlakunya keadaan cermin mata anda yang menjadi kabur
apabila anda berpindah daripada sebuah bilik yang sejuk kepada luar bilik pada
suatu hari yang panas serta lembap, bagi titisan air yang meleleh pada
permukaan luar gelas anda, serta bagi pembentukkan air pada permukaan dalam
tingkap di rumah anda pada hari yang sejuk.
Proses kondensasi di udara.
Transpirasi
Pergerakkan wap air dari daun tumbuhan kepada lapisan
atmosfera
Proses transpirasi ialah proses pengangkutan lembapan air
melalui tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada permukaan daun,dan
di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan dibebaskan ke atmosfera
bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari permukaan daun. 10% daripada
kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan melalui proses transpirasi.
KESIMPULAN
Secara ilmiahnya, ilmu sains berkaitan
falsafah pembentukan awan hujan adalah selari dengan penyataan dari Al-Quran.
Dengan kurniaan akal,manusia perlu menghargai & bersyukur tentang perihal
kelahiran serta fitrah asal usul kejadian. Sebagai pelajar, kita haruslah buka
mata, hati dan minda berkaitan perkongsian mengenai ilmu fitrah pembentukan
awan hujan.
No comments:
Post a Comment